Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W133074133> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 33 of
33
with 100 items per page.
- W133074133 abstract "Kebanyakan makanan yang di ambil di seluruh dunia adalah dihasilkan melalui proses fermentasi yang semulajadi. Namun terlalu sedikit maklumat yang wujud mengenai mikroorganisma yang terlibat dan ini mengakibatkan kualiti produk dan kawalan proses sukar. Di dalam kajian ini mikroflora bagi minuman tradisional terfermentasi Sabah iaitu tapai di kaji dan beberapa spesis yis dan bakteria asid laktik telah dikenalpasti serta dikuantifikasikan. Secara keseluruhannya, kaedah pemencilan piring curahan banyak digunakan di dalam kajian ini. Selain itu, analisis fizikokimia seperti nilai pH, keasidan dan kandungan alkohol dijalankan bagi mengkaitkan kehadiran mikroorganisma setiap hari fermentasi sehinggalah produk tapai dihasilkan. Sebelum kajian terhadap tapai dijalankan, pemencilan mikroorganisma turut dilakukan ke atas ragi (sasad) iaitu kultur pemula bagi tapai. Hasil daripada kajian tersebut mendapati kultur pemula ragimengandungi mikroorganisma yang bertanggungjawab di dalam fermentasi tapai. Ujian biokimia dilakukan ke atas koloni- koloni tunggal yang berjaya dipencilkan dan spesisyang dikenalpasti adalah Pichia fermentant, Saccharomyces cerevisiae, Kluyveromyces marxianus, Kloeckera apiculata, Hanseniaspora valbyensis dan Torulaspora delbrueckii.Satu jenis koloni pula tidak dapat dikenalpasti selepas ujian biokimia tetapi dijangkakan sebagai kulat selepas diinokulasi semula ke dalam RBCA dan didapati tidak tumbuh.8agi pemencilan mikroorganisma ke atas tapai mendapati koloni Pichia fermentant, Saccharomyces cerevisiae, Kluyveromyces marxianus, Kloeckera apiculata, Hanseniaspora valbyensis, Torulaspora delbrueckii dan Candida stellata bagi yis dan genera Leuconostoc, Pediococcus dan Lactobacillus bagi bakteria asid laktik telah tumbuh. Selain itu, kehadiran kulat dan enterobacteriaceae juga telah di kesan. Namun demikian, kehadiran bakteria asid laktik, kulat dan enterobacteriacea hanya di peringkat awal fermentasi sahaja iaitu dari hari 0 - 6. Kehadiran di peringkat awal fermentasi tersebut dikaitkan dengan kandungan alkohol yang semakin meningkat dan pH yang semakin menurun. Pertumbuhan kulat telah terbantut pada pH 4.4, bakteria asid laktikdan enterobacteriacea pada pH 3.7. Disimpulkan bahawa bakteria asid laktik, kulat dan enterobacteriacea tidak dapat tumbuh pada pH kurang daripada 4 dan kepekatanalkohol lebih daripada 15 peratus. Mikroorganisma yang didapati dominan pada peringkat awal fermentasi (0 - 8 hari) adalah kulat, Kloeckera apiculata dan Hanseniaspora valbyensis di mana kedominasian tersebut bertukar kepada spesis Pichia fermentant, Kluyveromyces marxianus, Torulaspora delbrueckii dan Candida stellata selepas hari ke 8. Apabila kandungan alkohol mencapai 26.04 %, dominasifermentasi telah di ambil alih oleh Saccharomyces cerevisiae sahaja. Pertumbuhan yis lain pula semakin menurun. Peratus kandungan alkohol akhir bagi tapai adalah 26.22 % di mana ini telah melampaui peratusan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Makanan Malaysia 1985 iaitu sebanyak 12 % alkohol untuk wain." @default.
- W133074133 created "2016-06-24" @default.
- W133074133 creator A5050377600 @default.
- W133074133 date "2003-01-01" @default.
- W133074133 modified "2023-09-27" @default.
- W133074133 title "Pemencilan dan pengenalpastian mikroflora di dalam minumantradisional terfermentasi Sabah, tapai" @default.
- W133074133 hasPublicationYear "2003" @default.
- W133074133 type Work @default.
- W133074133 sameAs 133074133 @default.
- W133074133 citedByCount "0" @default.
- W133074133 crossrefType "journal-article" @default.
- W133074133 hasAuthorship W133074133A5050377600 @default.
- W133074133 hasConcept C2777576037 @default.
- W133074133 hasConcept C2778447961 @default.
- W133074133 hasConcept C2779104044 @default.
- W133074133 hasConcept C2779222958 @default.
- W133074133 hasConcept C31903555 @default.
- W133074133 hasConcept C54355233 @default.
- W133074133 hasConcept C86803240 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C2777576037 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C2778447961 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C2779104044 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C2779222958 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C31903555 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C54355233 @default.
- W133074133 hasConceptScore W133074133C86803240 @default.
- W133074133 hasLocation W1330741331 @default.
- W133074133 hasOpenAccess W133074133 @default.
- W133074133 hasPrimaryLocation W1330741331 @default.
- W133074133 isParatext "false" @default.
- W133074133 isRetracted "false" @default.
- W133074133 magId "133074133" @default.
- W133074133 workType "article" @default.