Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W1551704194> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 35 of
35
with 100 items per page.
- W1551704194 abstract "Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menganalisis kualiti dan kuantiti graduan IPTA di Malaysia.Fokus utama kajian ini ialah untuk mengkaji sama ada wujud unsur “nilai ditambah” iaitu peningkatan dari segi keilmuan, kemahiran serta faktor-faktor sampingan lain di kalangan graduan IPTA hasil dari pengalaman pembelajaran yang diterima oleh mereka di universiti.Walau bagaimanapun, fokus terhadap “nilai ditambah” dalam kajian ini hanyalah dari aspek pencapaian akademik graduan sahaja.Kajian ini menggunakan metodologi yang dikemukakan oleh Chapman (1996).Berdasarkan pendekatan tersebut, nilai ditambah diperolehi dengan membandingkan pencapaian akademik graduan IPTA di peringkat prauniversiti (Matrikulasi, STPM dan Diploma) serta pencapaian mereka di peringkat universiti (PMK/CGPA). Justeru, kajian ini cuba menganalisis sama ada graduan IPTA telah mengalami peningkatan prestasi (nilai ditambah) dari segi pencapaian akademik kesan daripada pembelajaran mereka di universiti.Sejumlah 1,322 responden yang merupakan siswazah yang bergraduat pada tahun 2003 daripada enam buah IPTA terpilih (UUM, UKM, UM, UIAM, UPSI dan UNIMAS) terlibat dalam kajian ini.Analisis nilai ditambah dalam kajian ini dilakukan mengikut kumpulan etnik (Melayu, Cina, India, Bumiputra Sarawak dan Bumiputra Sabah) dan mengikut bidang pengajian (Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas, Teknologi Maklumat dan Matematik, Kejuruteraan dan Teknikal, Sains Tulen dan Gunaan serta Undang-undang). Analisis tidak dapat dijalankan ke atas bidang Perubatan disebabkan jumlah responden dalam bidang ini yang terlalu sedikit.Kewujudan unsur “nilai ditambah” di kalangan graduan dapat memberi gambaran mengenai sejauhmanakah keberkesanan dan sumbangan IPTA dalam meningkatkan pencapaian graduan dari segi akademik berbanding pencapaian mereka di peringkat prauniversiti.Berdasarkan dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, jelas menunjukkan yang walaupun wujud unsur “nilai ditambah” di kalangan graduan, terdapat juga unsur “nilai dikurang” yang menunjukkan kemerosotan prestasi graduan di peringkat universiti.Oleh itu, langkah segera perlu diambil oleh pihak IPTA bagi meningkatkan lagi keberkesanan institusi masing-masing dalam mentransformasikan input-input (pelajar) mereka kepada output (graduan) yang lebih cemerlang dari segi akademik.Di samping itu, kajian ini juga turut mengenalpasti pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik graduan semasa di universiti yang secara umumnya dapat digunakan sebagai garis panduan kepada semua IPTA di Malaysia untuk tujuan penambahbaikan.Namun begitu, bukanlah menjadi matlamat kajian ini untuk menyarankan sebarang cadangan kepada IPTA di Malaysia berkenaan cara untuk meningkatkan kualiti graduan di institusi masing-masing dan berhenti setakat menganalisis kedudukan kualiti dan kuantiti graduan IPTA di Malaysia dari segi akademik sahaja." @default.
- W1551704194 created "2016-06-24" @default.
- W1551704194 creator A5018850616 @default.
- W1551704194 creator A5025183593 @default.
- W1551704194 creator A5036963228 @default.
- W1551704194 creator A5057400504 @default.
- W1551704194 creator A5082295169 @default.
- W1551704194 creator A5088591047 @default.
- W1551704194 date "2006-01-01" @default.
- W1551704194 modified "2023-09-23" @default.
- W1551704194 title "Kualiti dan kuantiti graduan di Institusi Pengajian Tinggi Awam: Pendekatan nilai ditambah" @default.
- W1551704194 hasPublicationYear "2006" @default.
- W1551704194 type Work @default.
- W1551704194 sameAs 1551704194 @default.
- W1551704194 citedByCount "0" @default.
- W1551704194 crossrefType "book-chapter" @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5018850616 @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5025183593 @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5036963228 @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5057400504 @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5082295169 @default.
- W1551704194 hasAuthorship W1551704194A5088591047 @default.
- W1551704194 hasConcept C121332964 @default.
- W1551704194 hasConcept C138885662 @default.
- W1551704194 hasConcept C15708023 @default.
- W1551704194 hasConceptScore W1551704194C121332964 @default.
- W1551704194 hasConceptScore W1551704194C138885662 @default.
- W1551704194 hasConceptScore W1551704194C15708023 @default.
- W1551704194 hasLocation W15517041941 @default.
- W1551704194 hasOpenAccess W1551704194 @default.
- W1551704194 hasPrimaryLocation W15517041941 @default.
- W1551704194 isParatext "false" @default.
- W1551704194 isRetracted "false" @default.
- W1551704194 magId "1551704194" @default.
- W1551704194 workType "book-chapter" @default.