Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W179114564> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 26 of
26
with 100 items per page.
- W179114564 abstract "Sejak mencapai kemerdekaan, kurikulum kimia (sains) di sekolah menengah negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. Mekipun melalui transformasi ini pendidikan kimia menjadi semakin kompleks dan sukar, tetapi apa yang penting ianya menjadi semakin menarik. Penekanan proses pengajaran-pembelajaran sains masa kini adalah terhadap belajar melalui pengalaman, dengan penerapan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir serta penyelesaian masalah, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Persoalannya: Sejauh manakah guru-guru kimia di sekolah melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kimia, demi melahirkan generasi yang celik dan kompeten dalam kimia ? Dalam usaha untuk mencari jawapan terhadap persoalan penting ini, satu set soal selidik telah diedarkan kepada 47 orang guru kimia di beberapa daerah Negeri Johor Darul Takzim. Hasil kajian menunjukkan guru menerapkan beberapa aspek kemahiran proses sains - memerhati, mengukur, berkomunikasi, mengelas, membuat kesimpulan dan mentafsir data / maklumat - dengan baik dalam proses pengajaran-pembelajaran kimia. Manakala, aspek membuat inferens dan mengawal pemboleh ubah hanya dilaksanakan guru pada tahap yang sederhana sahaja. Guru juga memberi peluang pelajar mentafsir data / maklumat yang yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen atau aktiviti penyelidikan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, tahap perlaksanaan dalam aspek membuat ramalan serta membuat hipotesis adalah sangat lemah. Meskipun responden menguji pengetahuan sedia ada pelajar, tetapi mereka tidak menggunakan analogi yang sesuai untuk memvisualizekan konsep kimia yang abstrak serta tidak mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Hasil kajian juga menunjukkan responden kurang memberi peluang pelajar mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif mereka. Di samping itu, responden tidak memberi peluang pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran: Segala-galanya sebagaimana yang termaktub dalam buku teks. Prosedur sesuatu aktiviti eksperimen yang terdapat dalam buku teks diikuti responden secara langsung, tanpa melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Responden cenderung membincangkan teori terlebih dahulu sebelum membenarkan pelajar melakukan eksperimen dengan mengikuti “resepi� di dalam makmal, sebagaimana dalam pendekatan tradisi. Takrifan sesuatu konsep diberikan kepada pelajar sebagaimana yang terdapat dalam buku teks, tanpa memberi penekanan terhadap kata kunci atau dengan membincangkannya mengikut kefahaman guru." @default.
- W179114564 created "2016-06-24" @default.
- W179114564 creator A5090890456 @default.
- W179114564 date "2003-10-19" @default.
- W179114564 modified "2023-09-27" @default.
- W179114564 title "Pengajaran-Pembelajaran Kimia Di Sekolah Menengah: Ke Manakah Arah Tujunya ?" @default.
- W179114564 hasPublicationYear "2003" @default.
- W179114564 type Work @default.
- W179114564 sameAs 179114564 @default.
- W179114564 citedByCount "1" @default.
- W179114564 countsByYear W1791145642017 @default.
- W179114564 crossrefType "journal-article" @default.
- W179114564 hasAuthorship W179114564A5090890456 @default.
- W179114564 hasConcept C121332964 @default.
- W179114564 hasConcept C138885662 @default.
- W179114564 hasConcept C15708023 @default.
- W179114564 hasConceptScore W179114564C121332964 @default.
- W179114564 hasConceptScore W179114564C138885662 @default.
- W179114564 hasConceptScore W179114564C15708023 @default.
- W179114564 hasLocation W1791145641 @default.
- W179114564 hasOpenAccess W179114564 @default.
- W179114564 hasPrimaryLocation W1791145641 @default.
- W179114564 isParatext "false" @default.
- W179114564 isRetracted "false" @default.
- W179114564 magId "179114564" @default.
- W179114564 workType "article" @default.