Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W200219432> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 35 of
35
with 100 items per page.
- W200219432 abstract "Kurikulum sains di sekolah negara kita telah mengalami pelbagai reformasi, demi mencapai matlamat ke arah pembentukan negara industri. Mulai tahun 2002 pelajar tingkatan empat telah mempelajari sains melalui kurikulum KBSM yang baru (yang disemak semula). Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan dan penguasaan proses sains, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Penguasaan kemahiran proses sains yang baik di kalangan pelajar membolehkan mereka berfikir secara kritis, proaktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan. Persoalannya: Adakah kurikulum sains di sekolah negara kita dilaksanakan dengan berkesan, demi mencapai matlamatnya? Adakah terdapat bukti yang menunjukkan penguasaan proses sains pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran kimia ? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa kemahiran proses sains, seterusnya menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran tersebut dengan tahap pencapaian kimia di kalangan pelajar. Seramai 300 orang pelajar dari 7 buah sekolah di daerah Johor Bahru, dipilih secara rawak berlapis, telah dilibatkan dalam kajian. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen Ujian Penguasaa Kemahiran Proses Sains (UPKPS) dan Ujian Pencapaian Kimia (UPK). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen UPKPS dan UPK yang digunakan dalam kajian ini adalah masing-masing 0.8989 dan 0.7635. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains, khususnya kemahiran membuat inferens dan mengenalpasti pemboleh ubah, serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat hipotesis, mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumnat yang diperolehi adalah baik; manakala, pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran mengeksperimen. Terdapat korelasi positif yang rendah antara kemahiran proses sains pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia." @default.
- W200219432 created "2016-06-24" @default.
- W200219432 creator A5021694487 @default.
- W200219432 creator A5090890456 @default.
- W200219432 date "2003-10-19" @default.
- W200219432 modified "2023-09-27" @default.
- W200219432 title "Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru" @default.
- W200219432 hasPublicationYear "2003" @default.
- W200219432 type Work @default.
- W200219432 sameAs 200219432 @default.
- W200219432 citedByCount "3" @default.
- W200219432 countsByYear W2002194322013 @default.
- W200219432 countsByYear W2002194322014 @default.
- W200219432 crossrefType "journal-article" @default.
- W200219432 hasAuthorship W200219432A5021694487 @default.
- W200219432 hasAuthorship W200219432A5090890456 @default.
- W200219432 hasConcept C121332964 @default.
- W200219432 hasConcept C138885662 @default.
- W200219432 hasConcept C15708023 @default.
- W200219432 hasConcept C15744967 @default.
- W200219432 hasConcept C19417346 @default.
- W200219432 hasConcept C2984902100 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C121332964 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C138885662 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C15708023 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C15744967 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C19417346 @default.
- W200219432 hasConceptScore W200219432C2984902100 @default.
- W200219432 hasLocation W2002194321 @default.
- W200219432 hasOpenAccess W200219432 @default.
- W200219432 hasPrimaryLocation W2002194321 @default.
- W200219432 isParatext "false" @default.
- W200219432 isRetracted "false" @default.
- W200219432 magId "200219432" @default.
- W200219432 workType "article" @default.