Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W203492157> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 29 of
29
with 100 items per page.
- W203492157 abstract "SERDANG, 19 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) 2011 memulakan persaingan temasya sukan itu yang melibatkan seramai 4,477 atlet daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 18 hingga 30 Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Masum 2011, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata sebanyak 19 jenis sukan dipertandingkan iaitu badminton, bola baling, bola keranjang, bola tampar, boling padang, boling tenpin, catur, hoki, karate-do, memanah, olahraga, pencak silat, ping pong, ragbi, renang,sepaktakraw, skuasy, sofbol dan tenis.“ Sebanyak 12 jenis sukan dipertandingkan pada fasa satu dari 18 hingga 24 Jun 2011 manakala 7 jenis sukan pada fasa kedua iaitu 25 hingga 30 Jun 2011,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM.Karnival itu menyaksikan penyertaan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Omar Abd. Rahman berkata penuntut IPTA adalah sasaran utama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam melahirkan 30 peratus atlet dikalangan IPT yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa.“Penganjuran Karnival Sukan MASUM 2011 merupakan kejohanan yang memiliki nilai prestij yang tinggi serta landasan terbaik sebagai medan untuk mengenalpasti atlet berpotensi mewakili negara di peringkat IPTA.“Ternyata kejohanan ini akan memberi impak yang positif kepada UPM dan MASUM dari pelbagai sudut terutamanya dalam mendukung inspirasi dan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi dalam program pembangunan sukan di peringkat IPT di Malaysia.“Dengan pelaksanaan skim Pusat Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan, KPT begitu serius dan komited terhadap IPT di dalam melahirkan atlet yang bijak atau disebut sebagai ‘thinking athlete’,” katanya ketika merasmikan Karnival Sukan MASUM 2011di Stadium UPM.Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi MASUM, Profesor Dr. Shaharudin Abd. Aziz." @default.
- W203492157 created "2016-06-24" @default.
- W203492157 creator A5059420734 @default.
- W203492157 date "2011-06-19" @default.
- W203492157 modified "2023-09-26" @default.
- W203492157 title "UPM Tuan Rumah Karnival Sukan MASUM 2011" @default.
- W203492157 hasPublicationYear "2011" @default.
- W203492157 type Work @default.
- W203492157 sameAs 203492157 @default.
- W203492157 citedByCount "0" @default.
- W203492157 crossrefType "journal-article" @default.
- W203492157 hasAuthorship W203492157A5059420734 @default.
- W203492157 hasConcept C142362112 @default.
- W203492157 hasConcept C144024400 @default.
- W203492157 hasConcept C15708023 @default.
- W203492157 hasConcept C19417346 @default.
- W203492157 hasConcept C2984902100 @default.
- W203492157 hasConceptScore W203492157C142362112 @default.
- W203492157 hasConceptScore W203492157C144024400 @default.
- W203492157 hasConceptScore W203492157C15708023 @default.
- W203492157 hasConceptScore W203492157C19417346 @default.
- W203492157 hasConceptScore W203492157C2984902100 @default.
- W203492157 hasLocation W2034921571 @default.
- W203492157 hasOpenAccess W203492157 @default.
- W203492157 hasPrimaryLocation W2034921571 @default.
- W203492157 isParatext "false" @default.
- W203492157 isRetracted "false" @default.
- W203492157 magId "203492157" @default.
- W203492157 workType "article" @default.