Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W2615666032> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 27 of
27
with 100 items per page.
- W2615666032 abstract "ABSTRAK Kursus Kesusasteraan Melayu dalam bidang pendidikan sama ada di institusi pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah pada masa kini semakin kurang mendapat perhatian atau tempat dalam kalangan pelajar. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar pada hari ini lebih meminati kursuskursus yang bersifat praktikal dan memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Sehubungan itu, kursus-kursus kesusasteraan tidak lagi menjadi tumpuan pelajar. Kursus Kesusasteraan Melayu perlu diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi maklumat kini. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan tentang perlaksanaan dan cabaran dalam tiga kursus Kesusasteraan Melayu di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya yang ditawarkan dengan mengambil kira keperluan semasa para pelajar. Kursus tersebut ialah Kursus Penyuntingan Sastera, Sastera Komersial dan Pengajaran E-Sastera. Ketiga-tiga kursus tersebut merupakan kursus yang memperkenalkan aspek pengisian sastera, sama ada genre sastera moden atau sastera tradisional dalam medium yang baharu dan lebih praktikal. Hal ini selaras dalam menjadikan bidang Kesusasteraan Melayu sebagai bidang yang “menyusur akar mencecah awan.” Perkara ini memberi penjelasan bagaimana kursus-kursus ini dapat menjadikan sastera Melayu lebih menarik perhatian atau mendapat tempat dalam kalangan generasi muda sekarang. Seterusnya kursus-kursus ini dapat membantu kesusasteraan Melayu berkembang dan mantap seiring dengan bidang-bidang yang lain. Daripada kajian ini didapati kursus-kursus kesusasteraan bersifat semasa dan komunikasi perlu diperluaskan kerana kursus-kursus seperti ini memberi nilai tambah seperti kemahiran penyuntingan karya dan kemahiran multimedia. Selain itu juga kursus-kursus seperti ini juga dapat memberi suntikan baru kepada karya sastera, iaitu penyebarannya lebih meluas dan dipersembahkan dalam bentuk yang menarik selari dengan matlamat menjadikan kesusasteraan Melayu “menyusur akar mencecah awan.” Kata kunci: Kesusasteraan Melayu; kursus Kesusasteraan Melayu; penyuntingan sastera; pengajaran e-sastera; sastera komersial" @default.
- W2615666032 created "2017-05-26" @default.
- W2615666032 creator A5002402462 @default.
- W2615666032 creator A5026089074 @default.
- W2615666032 date "2017-04-29" @default.
- W2615666032 modified "2023-09-23" @default.
- W2615666032 title "PROGRAM KESUSASTERAAN MELAYU DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA: PELAKSANAAN DAN CABARAN" @default.
- W2615666032 hasPublicationYear "2017" @default.
- W2615666032 type Work @default.
- W2615666032 sameAs 2615666032 @default.
- W2615666032 citedByCount "0" @default.
- W2615666032 crossrefType "journal-article" @default.
- W2615666032 hasAuthorship W2615666032A5002402462 @default.
- W2615666032 hasAuthorship W2615666032A5026089074 @default.
- W2615666032 hasConcept C142362112 @default.
- W2615666032 hasConcept C15708023 @default.
- W2615666032 hasConceptScore W2615666032C142362112 @default.
- W2615666032 hasConceptScore W2615666032C15708023 @default.
- W2615666032 hasIssue "1" @default.
- W2615666032 hasLocation W26156660321 @default.
- W2615666032 hasOpenAccess W2615666032 @default.
- W2615666032 hasPrimaryLocation W26156660321 @default.
- W2615666032 hasVolume "16" @default.
- W2615666032 isParatext "false" @default.
- W2615666032 isRetracted "false" @default.
- W2615666032 magId "2615666032" @default.
- W2615666032 workType "article" @default.