Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W2735677245> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 31 of
31
with 100 items per page.
- W2735677245 abstract "Kajian ini bertujuan untuk menyiasat ciri-ciri usahawan, tahap pemikiran sains keusahawanan serta hubungan dan sumbangannya terhadap kesediaan guru mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran sains di MRSM. Ciri-ciri usahawan terdiri daripada keyakinan diri, motivasi, kreativiti dan kesediaan untuk mengambil risiko. Pemikiran sains keusahawanan pula terdiri daripada kemahiran memerhati, menginovasi idea, mengeksperimen dan mengkomersilkan idea atau produk. Kesediaan untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam proses pengajaran sains merangkumi sikap dan pemikiran terhadap keusahawanan. Sampel kajian terdiri daripada 219 guru-guru sains dipilih secara rawak yang mengajar Fizik, Kimia dan Biologi di MRSM seluruh Malaysia. Kaedah kuantitatif, disokong oleh temubual telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks kebolehpercayaan 'Alpha Cronbach' 0.64 hingga 0.92. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS-Windows (versi 16.0). Statistik deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi melibatkan ujian MANOVA. Korelasi Pearson dan Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru sains di MRSM menunjukkan ciri-ciri usahawan, tahap pemikiran sains keusahawanan dan kesediaan untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran pada tahap tinggi. Hanya kemahiran mengkomersilkan idea atau produk menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina guru sains. Ciri-ciri usahawan dan pemikiran sains keusahawanan mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan guru untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawanan dalam pengajaran. Berdasarkan Regresi Berganda, kesediaan guru untuk mengintegrasikan pemikiran keusahawan dalam pengajaran sains disumbangkan oleh kemahiran menginovasikan idea sebanyak 47.8%, diikuti dengan kemahiran mengkomersilkan idea atau produk 12.5%, kemahiran mengeksperimen 1% dan kreativiti 0.6%. Dengan dapatan kajian ini diharap guru-guru sains yang mempunyai ciri-ciri dan berfikiran sebagai seorang usahawan mampu membimbing pelajar untuk meminati, memilih dan menjadikan keusahawanan sains sebagai kerjaya pilihan." @default.
- W2735677245 created "2017-07-21" @default.
- W2735677245 creator A5045688977 @default.
- W2735677245 creator A5048951842 @default.
- W2735677245 creator A5056678129 @default.
- W2735677245 date "2013-03-14" @default.
- W2735677245 modified "2023-09-27" @default.
- W2735677245 title "Pemikiran sains keusahawanan: Kesediaan mengintegrasi pemikiran keusahawanan dalam pengajaran sains di maktab rendah sains mara." @default.
- W2735677245 hasPublicationYear "2013" @default.
- W2735677245 type Work @default.
- W2735677245 sameAs 2735677245 @default.
- W2735677245 citedByCount "0" @default.
- W2735677245 crossrefType "dissertation" @default.
- W2735677245 hasAuthorship W2735677245A5045688977 @default.
- W2735677245 hasAuthorship W2735677245A5048951842 @default.
- W2735677245 hasAuthorship W2735677245A5056678129 @default.
- W2735677245 hasConcept C121332964 @default.
- W2735677245 hasConcept C138885662 @default.
- W2735677245 hasConcept C15708023 @default.
- W2735677245 hasConcept C15744967 @default.
- W2735677245 hasConceptScore W2735677245C121332964 @default.
- W2735677245 hasConceptScore W2735677245C138885662 @default.
- W2735677245 hasConceptScore W2735677245C15708023 @default.
- W2735677245 hasConceptScore W2735677245C15744967 @default.
- W2735677245 hasLocation W27356772451 @default.
- W2735677245 hasOpenAccess W2735677245 @default.
- W2735677245 hasPrimaryLocation W27356772451 @default.
- W2735677245 isParatext "false" @default.
- W2735677245 isRetracted "false" @default.
- W2735677245 magId "2735677245" @default.
- W2735677245 workType "dissertation" @default.