Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W2892469766> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 35 of
35
with 100 items per page.
- W2892469766 abstract "Kajian ini dibuat untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi stres dalam kalangan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). HKL dipilih kerana ia merupakan sebuah hospital yang mempunyai jururawat yang berkhidmat di pelbagai jabatan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar, khususnya warga Kuala Lumpur. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti ilmiah tentang hubungan di antara pembolehubah bersandar iaitu stres di kalangan jururawat HKL dan tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu faktor psikologi, fisiologi dan gelagat. Objektif kedua kajian ini dibuat ialah untuk menentukan faktor yang paling utama menyebabkan stres dalam kalangan jururawat di HKL serta mengenalpasti profil demografi jururawat yang paling menyumbang kepada kejadian stres di kalangan jururawat tersebut. Kajian diskriptif telah dipilih sebagai rekabentuk dan kaedah kajian. Sebanyak 400 soalan telah diedarkan kepada jururawat meliputi Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Ortopedik, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Psikiatrik. Analisa kepada kajian ini merangkumi Ujian Kekerapan profil demografi responden, Ujian Kebolehpercayaan, Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berganda dan Analisis Varian Sehala (ANOVA). Dapatan kajian yang dibuat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah bersandar dan ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar di mana faktor gelagat merupakan faktor yang paling utama menyumbang kepada stres di kalangan jururawat HKL. Hasil kajian terhadap profil demografi responden mendapati bahawa jururawat yang berkhidmat kurang dari sepuluh tahun merupakan bilangan paling ramai yang mengalami stres. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat, pengkaji merumuskan bahawa faktor yang berkait dengan psikologi, fisiologi dan gelagat merupakan penyebab utama berlakunya stres dalam kalangan jururawat yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Pengkaji mencadangkan lebih ramai jururawat ditempatkan di hospital bagi menangani masalah bebanan kerja dan memperbanyakkan kursus motivasi kerja dan pengurusan stres secara efektif. Penyelidik-penyelidik kajian juga perlu lebih memahami konsep kerja dan bebanan profesion kejururawatan bagi mencari penyebab dan penyelesaian terhadap masalah stres dalam kalangan jururawat. Untuk kajian di masa hadapan, pengkaji mencadangkan agar kajian stres ini dilakukan di hospital swasta agar perbandingan tahap stres dalam kalangan jururawat dapat dibuat. Ini adalah kerana gred gaji dan jumlah pesakit di hospital bukan kerajaan adalah berbeza dengan hospital kerajaan." @default.
- W2892469766 created "2018-10-05" @default.
- W2892469766 creator A5035202215 @default.
- W2892469766 creator A5057032586 @default.
- W2892469766 creator A5081232524 @default.
- W2892469766 date "2012-01-01" @default.
- W2892469766 modified "2023-09-27" @default.
- W2892469766 title "Stres dalam kalangan jururawat Hospital Kuala Lumpur / Sakinah Mat Zin, Nazlin Emieza Ngah and Rusnah Ismail" @default.
- W2892469766 hasPublicationYear "2012" @default.
- W2892469766 type Work @default.
- W2892469766 sameAs 2892469766 @default.
- W2892469766 citedByCount "0" @default.
- W2892469766 crossrefType "journal-article" @default.
- W2892469766 hasAuthorship W2892469766A5035202215 @default.
- W2892469766 hasAuthorship W2892469766A5057032586 @default.
- W2892469766 hasAuthorship W2892469766A5081232524 @default.
- W2892469766 hasConcept C121332964 @default.
- W2892469766 hasConcept C138885662 @default.
- W2892469766 hasConcept C15708023 @default.
- W2892469766 hasConcept C15744967 @default.
- W2892469766 hasConcept C19417346 @default.
- W2892469766 hasConcept C2984902100 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C121332964 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C138885662 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C15708023 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C15744967 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C19417346 @default.
- W2892469766 hasConceptScore W2892469766C2984902100 @default.
- W2892469766 hasLocation W28924697661 @default.
- W2892469766 hasOpenAccess W2892469766 @default.
- W2892469766 hasPrimaryLocation W28924697661 @default.
- W2892469766 isParatext "false" @default.
- W2892469766 isRetracted "false" @default.
- W2892469766 magId "2892469766" @default.
- W2892469766 workType "article" @default.