Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W3186420091> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 42 of
42
with 100 items per page.
- W3186420091 endingPage "386" @default.
- W3186420091 startingPage "353" @default.
- W3186420091 abstract "Perniagaan francais melibatkan pemberian hak oleh francaisor kepada francaisi untuk menduplikasi keseluruhan sistem perniagaan francaisor dengan bayaran yuran tertentu. Risiko untuk gagal dalam perniagaan adalah rendah memandangkan perniagaan ini sudah terbukti berjaya dan sentiasa dipantau oleh francaisor. Memandangkan francaisi menduplikasi sistem perniagaan francaisor, francaisor mestilah memberikan hak kepada francaisi untuk menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta inteleknya. Francaisor juga berhak mengawal perniagaan bagi menjaga kualiti dan keseragaman produk atau perkhidmatan. Namun, sejauhmanakah kedua-dua hak ini dilaksanakan? Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk membincangkan tentang hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia disamping membuat sedikit perbincangan dari sudut pandangan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian undang- undang yang disokong oleh temubual dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui dokumen perundangan iaitu akta, kes dan juga melalui temubual manakala data sekunder diperolehi melalui buku dan jurnal daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Data primer daripada dokumen undang-undang dan data sekunder dianalisis menggunakan kaedah analitikal dan kritikal manakala data primer daripada temubual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Kajian ini dapat memberi manfaat sebagai sumber rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Francais Malaysia, francaisor, francaisi, peguam, tenaga akademik dan juga pelajar undang-undang secara amnya. Dapatan kajian daripada analisis ke atas dokumen perundangan menunjukkan kedua-dua hak ini dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Francais 1998. Malah ia merupakan komponen utama dalam definisi francais di bawah seksyen 4. Dapatan daripada temubual dengan kesemua informan yang terdiri daripada francaisor menunjukkan mereka mematuhi kehendak berkenaan pemberian hak menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta intelek dan juga elemen kawalan ke atas perniagaan francais oleh francaisor. Secara tidak langsung, mereka mematuhi kehendak di bawah Akta Francais 1998. Sebagai kesimpulannya, hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan mesti dimasukkan di dalam perjanjian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang berkontrak." @default.
- W3186420091 created "2021-08-02" @default.
- W3186420091 creator A5002085175 @default.
- W3186420091 creator A5063073162 @default.
- W3186420091 creator A5082734888 @default.
- W3186420091 date "2021-07-05" @default.
- W3186420091 modified "2023-10-16" @default.
- W3186420091 title "HAK MENJALANKAN PERNIAGAAN DAN KAWALAN DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA" @default.
- W3186420091 doi "https://doi.org/10.32890/uumjls2021.12.2.15" @default.
- W3186420091 hasPublicationYear "2021" @default.
- W3186420091 type Work @default.
- W3186420091 sameAs 3186420091 @default.
- W3186420091 citedByCount "0" @default.
- W3186420091 crossrefType "journal-article" @default.
- W3186420091 hasAuthorship W3186420091A5002085175 @default.
- W3186420091 hasAuthorship W3186420091A5063073162 @default.
- W3186420091 hasAuthorship W3186420091A5082734888 @default.
- W3186420091 hasConcept C142362112 @default.
- W3186420091 hasConcept C15708023 @default.
- W3186420091 hasConceptScore W3186420091C142362112 @default.
- W3186420091 hasConceptScore W3186420091C15708023 @default.
- W3186420091 hasIssue "Number 2" @default.
- W3186420091 hasLocation W31864200911 @default.
- W3186420091 hasOpenAccess W3186420091 @default.
- W3186420091 hasPrimaryLocation W31864200911 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W1013667899 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W11365241 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W157591366 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W1589203209 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W1932013790 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W2557454913 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W2559405764 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W2603296253 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W828925460 @default.
- W3186420091 hasRelatedWork W93312527 @default.
- W3186420091 hasVolume "12" @default.
- W3186420091 isParatext "false" @default.
- W3186420091 isRetracted "false" @default.
- W3186420091 magId "3186420091" @default.
- W3186420091 workType "article" @default.