Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W3216492045> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 29 of
29
with 100 items per page.
- W3216492045 abstract "Wabak Covid-19 bermula di wilayah Wuhan China pada pertengahan Disember 2019 telah menjadi pandemik dan merebak ke seluruh dunia. Wabak tersebut bukan sahaja menyebabkan jumlah kematian yang besar tetapi juga telah memberi kesan ke atas sosio-ekonomi masyarakat dunia. Malaysia tidak terkecuali daripada kesan penularan wabak tersebut. Sehingga kini lebih daripada tujuh ribu terkena jangkitan dengan 115 kematian. Bagi membendung penularan wabak tersebut, pihak kerajaan telah mengambil langkah proaktif menerusi beberapa fasa PKP bermula 18 Mac 2020. Tindakan ini dibuat bagi memutuskan rantaian wabak tersebut daripada terus merebak. Penguatkuasaan PKP melibatkan semua sektor termasuklah pendidikan. Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi telah ditutup sepenuhnya. Di peringkat universiti terdapat ramai mahasiswa yang terkandas di kampus masing-masing dalam tempoh tersebut. Pihak kementerian telah memberi arahan agar semua mahasiswa yang terlibat diberikan kemudahan dan sokongan sebaik mungkin bagi memastikan keselesaan mereka. Dalam situasi di luar daripada kebiasaan serta tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, kehidupan mahasiswa dalam norma baharu dilihat akan memberi kesan ke atas sosio-emosi mereka. Penulisan ini berdasarkan hasil kajian ke atas 426 mahasiswa yang terkandas di kampus UiTM Cawangan Terengganu dalam tempoh penguatkuasaan PKP bagi menangani penularan wabak Covid-19. Secara relatifnya kajian mendapati sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP, golongan siswa lebih rasa terbeban dengan isu kebebasan bergerak. Manakala golongan siswi pula lebih tertekan dengan perasaan rindu dan kebimbangan pada keluarga. Secara keseluruhannya masalah kerinduan dan kebimbangan kepada keluarga merupakan beban utama yang terpaksa mereka tempuhi pada masa penguatkuasaan PKP di samping masalah terhakisnya keyakinan diri dan kebebasan bergerak. Terdapat lima masalah yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi bebanan masalah yang dihadapi mengikut jantina iaitu tekanan perasaan, kebosanan, rindu dan kebimbangan pada keluarga, capaian Internet dan memenuhi keperluan asas harian. Analisis perbandingan dari segi masalah yang dihadapi, golongan siswi menunjukkan tahap keseriusan yang lebih tinggi dalam sebelas masalah berbanding hanya satu masalah (kebebasan bergerak) bagi siswa. Berdasarkan nilai min keseluruhan bagi masalah bagi siswa (3.09) dan siswi (2.85) jelas menunjukkan tahap keceriaan (61.8 Peratus) dalam kalangan siswa adalah lebih tinggi berbanding (57.0 peratus) bagi siswi. Hal ini menjelaskan dalam tempoh penguatkuasaan PKP dalam kampus, kalangan siswi lebih rasa tertekan dari segi sosio-emosi mereka berbanding dengan golongan siswa." @default.
- W3216492045 created "2021-12-06" @default.
- W3216492045 creator A5003039922 @default.
- W3216492045 creator A5072395368 @default.
- W3216492045 creator A5090251151 @default.
- W3216492045 date "2020-12-01" @default.
- W3216492045 modified "2023-09-23" @default.
- W3216492045 title "COVID-19 : kesan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas sosio-emosi mahasiswa / Rosman Mahmood, Mazidah Puteh & Nurulnadwan Aziz" @default.
- W3216492045 hasPublicationYear "2020" @default.
- W3216492045 type Work @default.
- W3216492045 sameAs 3216492045 @default.
- W3216492045 citedByCount "0" @default.
- W3216492045 crossrefType "journal-article" @default.
- W3216492045 hasAuthorship W3216492045A5003039922 @default.
- W3216492045 hasAuthorship W3216492045A5072395368 @default.
- W3216492045 hasAuthorship W3216492045A5090251151 @default.
- W3216492045 hasConcept C121332964 @default.
- W3216492045 hasConcept C142362112 @default.
- W3216492045 hasConcept C15708023 @default.
- W3216492045 hasConceptScore W3216492045C121332964 @default.
- W3216492045 hasConceptScore W3216492045C142362112 @default.
- W3216492045 hasConceptScore W3216492045C15708023 @default.
- W3216492045 hasLocation W32164920451 @default.
- W3216492045 hasOpenAccess W3216492045 @default.
- W3216492045 hasPrimaryLocation W32164920451 @default.
- W3216492045 isParatext "false" @default.
- W3216492045 isRetracted "false" @default.
- W3216492045 magId "3216492045" @default.
- W3216492045 workType "article" @default.