Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W81134393> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 29 of
29
with 100 items per page.
- W81134393 abstract "Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, telah meletakkan bidang sains dan teknologi sebagai salah satu pra-syarat bagi mencapai hasrat tersebut selaras dengan perkembangan pendidikan sains yang berlaku secara sejagat, untuk memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Usaha ini wajar dilaksanakan bagi membina masyarakat saintifik yang progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Matlamat ini selari dengan matlamat pendidikan sains yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu memupuk dan mengekalkan minat terhadap subjek berkaitan bidang sains, menyediakan peluang memasuki bidang sains dan menyediakan segala keperluan bagi menghasilkan prestasi tinggi dalam pendidikan sains (Matnor, 1995). Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah dalam sains perlu dikuasai oleh pelajar agar mereka boleh menjana idea dalam konteks situasi penyelesaian masalah harian. Bidang sains seperti kimia perlu dikuasai oleh pelajar dengan baik kerana penghasilan dan penggunaan kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat dan alam sekitar. Kimia bermaksud sains unsur dan sebatian, yang melibatkan kajian terhadap jirim (secara makroskopik dan mikroskopik), interaksi antara bahan, penghasilan dan penggunaan bahan (Abu Hassan, 2003). Kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia. Contohnya, kajian yang dilakukan terhadap sifat beberapa logam tertentu dapat membantu ahli kimia membentuk beberapa aloi dengan cara menyepadukan beberapa jenis logam yang berbeza, untuk menghasilkan bahan yang lebih ekonomi dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Kimia adalah sesuatu yang istimewa dan menakjubkan yang dapat menenang dan menyenangkan pemikiran jika dikuasai dengan baik. Sumbangan kimia dalam kehidupan seharian sangat banyak, dari penerokaan di dasar laut dan bumi sehinggalah kepada penerokaan ke angkasa lepas. Kimia juga mempunyai aspek keindahan (aesthetic) dan dramatik, contohnya dari keindahan hablur yang terbentuk dari susunan atom dan molekul yang simetri. Di samping itu, masalah kelemahan pelajar dalam menguasai dan menyelesaikan masalah kimia merupakan suatu masalah yang boleh memberi pandangan yang negatif terhadap subjek ini. Pelajar yang tidak dapat menguasai formula dan persamaan kimia serta simbol kimia turut menghadapi masalah apabila mempelajari kimia (Don, 1992). Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, sistem pendidikan Malaysia perlu dinamik, melalui perlaksanaan kurikulum yang sesuai dan kemas sejajar dengan cita-cita dan matlamat negara. Sehubungan itu, kurikulum kimia perlu diolah dengan teliti agar dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian." @default.
- W81134393 created "2016-06-24" @default.
- W81134393 creator A5001254541 @default.
- W81134393 creator A5057876811 @default.
- W81134393 creator A5073875963 @default.
- W81134393 date "2010-10-03" @default.
- W81134393 modified "2023-09-23" @default.
- W81134393 title "Bab 8 : Gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek kimia" @default.
- W81134393 hasPublicationYear "2010" @default.
- W81134393 type Work @default.
- W81134393 sameAs 81134393 @default.
- W81134393 citedByCount "0" @default.
- W81134393 crossrefType "book-chapter" @default.
- W81134393 hasAuthorship W81134393A5001254541 @default.
- W81134393 hasAuthorship W81134393A5057876811 @default.
- W81134393 hasAuthorship W81134393A5073875963 @default.
- W81134393 hasConcept C121332964 @default.
- W81134393 hasConcept C142362112 @default.
- W81134393 hasConcept C15708023 @default.
- W81134393 hasConceptScore W81134393C121332964 @default.
- W81134393 hasConceptScore W81134393C142362112 @default.
- W81134393 hasConceptScore W81134393C15708023 @default.
- W81134393 hasLocation W811343931 @default.
- W81134393 hasOpenAccess W81134393 @default.
- W81134393 hasPrimaryLocation W811343931 @default.
- W81134393 isParatext "false" @default.
- W81134393 isRetracted "false" @default.
- W81134393 magId "81134393" @default.
- W81134393 workType "book-chapter" @default.