Matches in SemOpenAlex for { <https://semopenalex.org/work/W90479938> ?p ?o ?g. }
Showing items 1 to 31 of
31
with 100 items per page.
- W90479938 abstract "SERDANG, 5 Oktober – Kompleks Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) bernilai RM202 juta yang siap dibina pada Mac tahun 2006 dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM yang memulakan perkhidmatannya pada 1 April lalu dirasmikan pada 5 Oktober lalu oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di sini.Fakulti telah beroperasi menggunakan kompleks itu merangkumi dua kawasan iaitu fakulti dan asrama pelajar Kolej 17 yang terdiri daripada blok pentadbiran pejabat, bilik pensyarah, blok perpustakaan, dewan kuliah, bilik tutorial, dewan peperiksaan, blok makmal dan kemudahan sokongan pelajar. Kawasan Kolej 17 terdiri dari 4 blok yang mampu memuatkan seramai 1,800 pelajar, surau, kiosk pelajar, kafeteria, sebuah rumah pengetua dan 4 unit rumah felo.FPSK yang diketuai oleh Dekan Prof. Dr. Norlijah Othman mempunyai jumlah staf seramai 606 orang terdiri daripada 22 Profesor, 52 Profesor Madya, 125 Pensyarah Kanan, 28 Pensyarah, 40 Pensyarah Perubatan Pelatih, 59 Tutor, 25 Pengurusan dan Profesional dan 255 sokongan. Bagi program prasiswazah, FPSK menawarkan 6 bidang pengajian manakala bagi program siswazah, sebanyak 16 bidang dalam Master Sains dan PhD serta 1 bidang Master Perubatan Patologi. Jumlah keseluruhan pelajar di FPSK iaitu prasiswazah 1,331 orang manakala siswazah sebanyak 457 orang.Sementara itu dalam majlis yang sama, sebuah lagi pusat penyelidikan dan kecemerlangan UPM dilancar iaitu Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) yang diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Abdul Jalil Nordin. Setelah 7 tahun pentadbirannya diletakkan di bawah FPSK iaitu sejak tahun 2003, PPDN telah dianugerahkan taraf sebagai Pusat Tanggungjawab atau PTJ sejak 1 Oktober lalu.Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika pusat itu benar-benar fokus dan dapat memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang telah ditentukan, tidak mustahil ia boleh diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HiCOE.Beliau berkata pusat itu menggunakan teknologi terkini iaitu Positron Emission Tomography Computed Tomography atau P.E.T. C.T. dalam merawat pesakit." @default.
- W90479938 created "2016-06-24" @default.
- W90479938 creator A5059420734 @default.
- W90479938 date "2010-10-05" @default.
- W90479938 modified "2023-09-27" @default.
- W90479938 title "Kompleks Baru Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM Dirasmikan" @default.
- W90479938 hasPublicationYear "2010" @default.
- W90479938 type Work @default.
- W90479938 sameAs 90479938 @default.
- W90479938 citedByCount "0" @default.
- W90479938 crossrefType "journal-article" @default.
- W90479938 hasAuthorship W90479938A5059420734 @default.
- W90479938 hasConcept C121332964 @default.
- W90479938 hasConcept C142362112 @default.
- W90479938 hasConcept C144024400 @default.
- W90479938 hasConcept C15708023 @default.
- W90479938 hasConcept C19417346 @default.
- W90479938 hasConcept C2984902100 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C121332964 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C142362112 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C144024400 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C15708023 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C19417346 @default.
- W90479938 hasConceptScore W90479938C2984902100 @default.
- W90479938 hasLocation W904799381 @default.
- W90479938 hasOpenAccess W90479938 @default.
- W90479938 hasPrimaryLocation W904799381 @default.
- W90479938 isParatext "false" @default.
- W90479938 isRetracted "false" @default.
- W90479938 magId "90479938" @default.
- W90479938 workType "article" @default.